Sayangnya Jokowi pada pertiwi dan Jiwa besarnya Probowo

Kamis, 24-10-2019 19:35 WIB    118 VIEWS
Sayangnya Jokowi pada pertiwi dan Jiwa besarnya Probowo

Suatu yang luar biasa apabila seteru 2 penggal dalam politik akhirnya berada di dalam satu barisan kepimpinan negara bersama.

Jokowi terkenal dgn perubahan yang di lakukan di negara manakala Probowo terkenal dengan ketegasan dan semangat cintakan negaranya telah menyatu bersama sama membangunkan bangsa Indonesia dan mereka pengetepikan persengketaan demi membangunkan negara mereka.. Itu lah hebat nya mereka berdua dan bangsa Indonesia. 

Berdebat bertegang pemikiran berlawan di pentas politik tetapi demi bangunkan dan matlamat yg sama demi negara mereka , mereka bersatu membina negara mereka.

Tetapi bagaimana dengan kita. Hari ini keputusan pilihanraya di umumkn permusuhan berterusan sehingga ke pilihanraya seterusnya.

Ayuh rakyat Malaysia kita sama sama bangunkan Malaysia. Malaysia perlukan kita semua untuk di bangkitkan semula.Kita mampu dan kita pasti mampu asalkan kita meletakkan kepentingan agama dan negara melebihi kepentingan diri dan kelompok kita. 

Kalau kita tidak selamatkan Malaysia siapa lagi yang akan menyelamatkannya. Hentikanlah polimik fitnah dan sabotaj . Semua tiada manfaat sedikit pun kepada masa depan negara.Mengekalkan keamanan satu yang sukar merosakkan amat mudah  dan memulihkan memerlukan satu jangka masa yang lama.

Ayuh warga ku kita sama sama bersatu..

Ikhlas

YB Mohd Fakhrulrazi b Mohd Mokhtar
Ahli dewan negeri N42 Meru